Pada peringkat yang amat superficial bagiku, Iran merupakan syurga buat wanita. Lelaki kacak boleh dijumpa merata, kalau pejam mata dan pilih seorang secara rawak sekalipun, kemungkinan untuk terpilih lelaki handsome itu sangat tinggi.

“Bukan kau tak patut sukakan objektifikasi, baik pada lelaki atau perempuan?” Tanya temanku yang sama-sama ikut ke Iran.

“Ya, memang aku tak suka.” Balas aku.

“Habis tu, yang kau rambang mata ni kenapa?”

“Ada kau nampak lelaki ditelanjangkan di merata tempat untuk diraih keuntungan?”

Dia terdiam.

“Industri kecantikan yang membekalkan make-up sahaja sudah bernilai berpuluh bilion setahun, industri putihkan kulit bernilai beratus juta setahun, industri pakaian dalam wanita bernilai beratus juta setahun – pastu kau nak marah aku suka tengok lelaki handsome yang tak seberapa tu, yang dok tersadai tepi jalan?” Aku berseloroh.

Aku bertukar tempat. Aku mencari tempat duduk kosong di dalam bas itu yang menghadap tingkap. Mujur ada.

Fikiranku melayang kembali. Sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di Iran, aku sentiasa mencari sudut imej yang baik untuk dirakam. Ini tidak terbatas hanya untuk lelaki handsome.

Di Iran, perkara ini tidak sukar. Negara ini memang cantik secara visual, sekalipun banyak bertona gelap tanpa kehijauan pokok. Barangkali lebih berwarna kalau bukan musim sejuk.

Satu demi satu syarahan yang kami hadiri, daripada pengetahuan asas tentang apa itu Syiah dan bagaimana ia dipraktikkan di Iran, hinggalah perdebatan tentang Islamisasi pengetahuan. Persoalan sosiologikal dan eksistensial yang sepertinya tidak pernah selesai.

Aku rakam semuanya dalam kamera aku yang tidak seberapa. Mungkin berguna di masa depan.

Setelah habis syarahan, kami semua ke kedai makan. Tentunya kafe menjadi tempat lepak kegemaran.

“Shall we go to that cafe again?” Prof. Farhad mencadangkan tempat makan kepada 18 orang pelajar Malaysia yang kelaparan.

Kami ke kafe western food yang sama kami pergi makan malam pada malam sebelumnya, kerana sepanjang berada di Tehran, ternyata itu tidak cukup untuk membebaskan diri daripada gaya hidup dan selera yang “kebaratan”. Kami kan warga elit intelektual? Dan masih belum cukup decolonised?

Memandangkan semua memang sedang lapar, kami setuju saja dengan cadangan Prof, walaupun kami masih ingat makanan yang dipesan semalam mengambil masa 3 jam untuk dihidangkan.

Tapi, aku agak teruja. Malam sebelumnya di kafe itu, aku berbual dengan seorang jejaka Iran yang menarik minatku.

Where are you guys from?” kata jejaka Iran yang aku kini sudah tidak ingat namanya.

Malazi,” kataku.

“Oh, Malaysia! Oche, oche,” aku ketawa mendengar pelat Farsinya menyebut ‘okay’.

Malaysian girls in the streets of Tehran Bazaar. December 2017.

Pada ketika itu, aku yang selalunya akan duduk semeja dengan Prof. Farhad untuk berbual berjam-jam, lupa seketika akan kewujudan dia.

Namun, anak Prof. Farhad yang bongsu, merupakan seorang pemerhati yang baik. Dia perasan aku tertarik dengan jejaka Iran tersebut. Mana tidaknya, aku berborak dengan lelaki itu lebih sejam tanpa berbual dengan kawan-kawan dari Malaysia.

“So what have you guys been up to in Tehran?”

“We just got back from a lecture on Islamisation of the sciences,” aku perasan keningnya naik kehairanan, kemudian dia geleng kepala.

“What’s there to Islamise about science?” dia tanya.

Aku ketawa. Bukannya sebab dia kelakar sangat pun, tapi sebab beginilah perbualan yang aku suka. Selalunya, ini bukan topik perbualan dengan lelaki random yang aku baru jumpa.

“Yes, I agree. Science is science. There is no Islamic science, Christian science or Buddhist science,” aku mengolah pandanganku. “We all have our biases and we bring our assumptions into our work, but the goal is to minimise those assumptions so that we have an objective analysis.”

“Can you give me some examples?” dia meminta contoh.

“Well how do you create a discourse of Islamic chemistry? Molecules don’t have any religion,” aku cuba menjawab. Dia menunggu lebih banyak penjelasan. Atau dia mungkin hanya mahu aku terus bercakap.

I get what the speaker wants to talk about. He wants Muslims to pursue knowledge with the consciousness of God,” sambungku. “That is fine. But if Islamisation only means changing the terminologies to sound ‘Islamic’ and by ‘Islamic’ often it means using Arabic terms, then it’s only a change in cover, not a change in approach or content.” Atau dalam bahasa Melayu, kalau hanya kulit yang bertukar kulit, apa ertinya kalau tidak memperbaiki inti pengetahuan?

Aku dapat lihat dia suka akan jawapan aku. “I don’t like Islamisation in any sense,” katanya. Dia tunjukkan kepada rakan-rakanya di kafe itu, “most of us here are not practicing Muslims. We only happen to live here.

‘Here’ itu Iran, mungkin. Dia ada cakap dia tidak pernah keluar melihat negara lain.

Hanya empati yang dapat aku tunjukkan pada riak wajahku. Dalam suasana sosial yang sebegitu represif dan penguatkuasaan agama yang sebegitu keras, aku tidak terkejut dengan reaksi orang muda yang anti-keberagamaan.

Hot lemon tea with garlic aku sampai. Mood aku adventurous sikit bila berada di negara orang, jadi aku ingat nak cuba minuman pelik-pelik. Aku minum sedikit, terus aku menyesal memesan minuman itu. Pahitnya minta ampun.

Jejaka Iran itu merasakan gelagat aku lucu. Dia pergi ke kaunter untuk ambilkan gula untukku.

Sementara dia mengambil gula untuk aku, si U-wei anak Prof. Farhad yang bongsu itu datang menyibuk di mejaku.

Hey, U-wei. Speak Malay with me sebab aku tak nak diaorang ni faham apa kita tengah cakap,” aku bisik ke dia.

Earlier in the trip, was your father serious when he said ‘no flirting allowed’?” aku mulakan perbualan. U-wei yang memang friendly dan outgoing itu melayan kerenahku.

“Ok, saya akan bercakap bahasa Melayu,” katanya dalam pelat bahasa Melayu Singapura, jelas sekali ini bahasa yang jarang dia guna.

Aku gelak tanpa suara. U-wei tampak annoyed apabila aku ketawakan bahasa Melayunya, “I am never speaking Malay to you again,” dia merajuk.

Oh no, no, no, please,” aku masih mahu ketawa, tapi ada perkara lebih serius yang memerlukan perhatian aku. “Seriously, we cannot flirt at all?” aku tanya sekali lagi.

“Tidak lah begitu,” U-wei menerangkan. “Tahun lepas, ada satu orang pelajar yang hampir berpacaran dengan satu orang Iran juga,” agak kesian juga lah tengok remaja 16 tahun ini sebut perkataan Melayu satu per satu. Itu lah, membesar lagi di Singapura kan.

I mean, it’s not that bad. At first I thought he was syiah, but now he’s a professed atheist. A much lesser sin by Malaysian standards,” gurau aku. Aku suka memperlihatkan sisi kebebalan lanskap sosio-politik negara dalam jenaka-jenaka aku.

Si U-wei terus menyakat aku, masih dalam bahasa Melayu bakunya itu. Dasar feminis, bercakap dengan lelaki tanpa segan silu!

Jejaka Iran itu kembali ke meja, aku perkenalkannya kepada U-wei. Entah macam mana, perbualan kami beralih pula tentang Ali Shariati.

I don’t like him,” kata lelaki-Iran-baru-kenal-tapi-dah-suka-sikit. “He’s the reason Iran had the Islamic revolution, and the reason we are in this mess today.

“Adui, what a turn off,” fikir aku. Ini bukan pertama kali aku dengar sentimen ini tentang Ali Shariati, sosok intelektual yang dikatakan menyumbang kepada pencetusan revolusi Islam di Iran. Dahulu mungkin beliau seorang sosok yang dikagumi di Iran, seorang pejuang Islam. Namun hari ini, beliau dianggap sebaliknya.

Mendengar ngomelannya tentang Shariati, aku merasakan mamat ini telah meletakkan kebertanggungjawaban pada pihak yang salah. Ali Shariati sendiri tidak hidup lagi untuk menyokong atau menentang regim Islam di Iran hari ini, kan?

Walaubagaimanapun, sentimen ini dapat aku fahami asal usulnya. Sebagai seorang wanita Muslim yang diberikan identiti Melayu pada kad pengenalannya, aku ditekan pelbagai konstruk masyarakat untuk menjadi “Muslimah yang baik”, sebagaimana ramai lagi perempuan seperti aku.

Kalau tidak menetapi ciri-ciri “Muslimah” yang dipaksakan pada identiti kau, habis lah. Memang hidup tidak lekang daripada kecaman keluarga dan masyarakat.

Aku hanya mengangguk sementara jejaka Iran itu meneruskan bebelannya tentang Ali Shariati. Walau aku tidak bersetuju, aku diamkan saja. Bukannya aku akan jumpa lagi mamat ni.

Begitulah sedikit sebanyak percubaan aku untuk memikat hati warga Iran yang banyak dimomokkan di negara aku itu. Politik negara Iran memang banyak cacat celanya, tetapi itu tidak bermakna dosa-dosa pemimpin negara itu harus ditanggung sepenuhnya oleh rakyat. Sudah lah tidak punya kepimpinan negara yang boleh diharapkan, dikecam teruk kerana syiah pula di negara orang.

At the Fatimah Massumeh shrine in Qom, Iran. Roughly two hours from Tehran.

Jadi apabila Prof. Farhad mencadangkan kita ke kafe itu lagi sekali, aku lebih bersedia.

Kali ini aku duduk semeja dengan anak Prof. Farhad yang sulung, Ihsan. Akhlaknya sebaik namanya, tapi boleh tahan pedas juga bila berjenaka.

Ihsan, since your father is sunni and your mother is syiah, what are you then?” Aku tahu, 3 jam lagi baru makanan sampai, jadi perbualan masih panjang.

“Sushi,” jawabnya sepatah.

Aku rasa macam baru dilanggar lori. Aku lupa yang Ihsan ni seorang yang pemalu dengan perempuan, dia jenis tak cakap banyak jadi aku pun menangis dalam diam memikirkan waktu bersosial yang masih terlalu lama.

I’m waiting for that guy yesterday to come here,” aku mulakan perbualan baru. “Oh, I forgot you weren’t here!

Yeah, Afni and I went out with our relatives,” Ihsan menerangkan, ibunya berasal dari Iran. “What guy?

Guy I was flirting with last night. Don’t tell your father,” aku berseloroh. “If I married the guy and the Malaysian government finds out I married a syiah they’d never allow Malaysians to go on study trips to Iran again!

Rakanku Tyra Banks yang duduk semeja, terdengar perbualan kami, “you were flirting with WHO?!

Punya lah kuat dia tanya soalan ni, sampai Prof. Farhad terdengar. Dia datang ke meja kami, pandang aku.

Is he a good guy?” Prof. Farhad tanya.

Aku masa ni sudah tidak tahan ketawa, aku gelak sepuas hati. Aku ceritakan pada Prof. Farhad tentang pandangan jejaka Iran itu tentang Islam dan Ali Shariati, dan pandangan aku pula tentangnya.

Prof. Farhad hanya mendengar, dia memang pendengar yang baik. Kemudian dia geleng kepala dia sikit, membuatkan aku ketawa lagi tanpa henti.

Sekarang, semua orang sudah tahu, seorang Maryam Lee adalah seorang penduga godaan dunia. Di Iran mengorat lelaki, syiah-turned-atheist pula tu! Allahu.

Tentuya, aku dilabel macam-macam oleh para kaki gosip serta kaki fitnah di negaraku sendiri. Suka betul cakap pasal hidup aku yang feminis, terlalu independent, selalu keluar malam, asyik baca buku tapi tak baca Quran – dan macam-macam lagi.

Masyarakat yang membenci perempuannya memang akan menyekat kebebasan perempuan sebanyak yang mungkin, walaupun kebejatan sesebuah masyarakat tidak pernah terletak pada kemerdekaan hidup seorang perempuan.

Kebejatan sosial berlaku kerana korupsi politik, wahai teman-teman!

Dan penindasan itu sering datang lewat kekuasaan. Sepanjang di Iran, jejaka Iran di kafe itu bukan satu-satunya orang muda di Iran yang membenci regim teokrasi negaranya.

Revolusi Islam di Iran telah menggunakan agama untuk mendapatkan tampuk kekuasaan melalui demokrasi, dan terus menggunakan agama untuk mengekalkan kekuasaan itu melalui teokrasi. Pada awalnya aku katakan Iran adalah syurga bagi perempuan kerana para prianya yang handsome, dan pada awalnya juga aku telah katakan, pemerhatian itu amat dangkal sekali.

Sebenarnya, tiada satu pun godaan yang terlarang di dunia, yang ada hanyalah godaan yang diatasi. Silap kita adalah membenarkan sesiapa pun, termasuklah agamawan, untuk menentukan seara langsung dan keras bagaimana kita mengatasi setiap godaan yang datang menguji kita.

Dengan menyerahkan segala bentuk pemikiran kendiri pada sebuah autoriti pusat, ini membina jalan untuk sebuah regim autoritarian, baik yang dilakukan atas nama agama atau atas nama bangsa – sebagaimana yang berlaku di Iran, sebagaimana yang berlaku di Malaysia.

“Kemudian kita mula lah saling menyalahkan pihak yang tak de kena mengena,” aku menghabiskan perkongsian aku. “Tak pasal-pasal Ali Shariati yang sudah lama mati itu kena bertanggungjawab untuk korupsi di Iran hari ini.”

Semoga anak cucu kita nanti tidak pula menyalahkan kita kerana tidak melindungi dan mempertahankan hak mereka untuk pemikiran kendiri (autonomous thinking).